Wednesday, August 20, 2014

Jamuan raya




Selamat Hari Raya..

Bila raya asyik MAKAN

MAKAN


MAKAN 


dan

MAKAN


Tuesday, June 18, 2013

Hidup Ini satu perjuangan..

Ya... hidup ini satu perjuangan... semangat waja perlu terus terbenih di dalam diri ini..
Nak gelak tengok belog sendiri.. tengok post dedolu... feel like.. 'huh, how childish am I' hahaha... tak la childish mana pun... Itu semua propa!!! propa Kiah Propa... (sorry cik Kiah kalau anda membaca, ini kiah propa TB 9 tu)

How time flies... beb I am just about to finish my 4th semester!!... kau ingat 4 semester tu macam 4 hari ka ekau?? idok le Jang oi... Dugaannya.. Ya Allah... kadang-kadang dah nak patah semangat... tapi... kita manusia memang lemah.. cuba la pujuk diri sendiri walau apa dugaan pun.. lagi 2 semester perlu digarap semoleknya.. Ya.. Aku yakin boleh!!.. Malaysia Boleh!! Atikah Boleh..
K ini katil gua.. 
plez la tikah tak lawak pun kau cakap ni katil 

Dah nak masuk final year... Banyak pengalaman aku dapat kat sini... kita kat sini bukan nak berlari lari mengejar pointer semata... bukan sayang... totally not.. apa guna pointer mantap tapi your attitude is so not ohsem??.. Itu bukan lah matlamat utama kenapa awak duduk kat universiti.. bukan..
tak kisah la universiti, kolej, poly dan sama waktu dengannya..
Tanya diri balik, apa awak dapat?? ilmu??.. banyak mana ilmu tu??.. banyak mana ilmu yg awak belajar untuk diluahkan pada exam, dan berapa banyak yang terselit untuk diri sendiri??.. tepuk dada, tanya hati..

Dari sudut sahsiah.. apa pulak awak dapat??... adakah awak dapat menyemai sikap humble, baik budi, penyabar, tolong menolong, ambik berat sakit susah kawan yang lain??... kalau dah berjaya menyemai tu bagus la... tapi kalau tak, baiklah disemai dalam-dalam *Ingatan buat diri sendiri jugak..
Hubungan dengan pencipta pulak macam mana??.. makin erat atau makin renggang.? Sentiasa ingat, dugaan dibagi kerana kita kekadang lupa dan perlu diingatkan.. Lain orang, lain rasa dugaan bagi diri..
Susah senang, berbalik lah kita kepada Ya Rabb..




Syukur masih diberi kesempatan berada di sisi teman yang sentiasa mampu buat aku tersenyum walaupun hati kekadang nangis tak berhenti... Diberi peluang mengenali insan insan dengan lebih rapat walaupun dulu kita nengok nengok gitewww jewww... Syukur kita masih mampu makan semeja, gelak sekali, stress menghadap esaimen bersama, kental menjawab exam sekali.. Sedar tak kita tak pernah forever alone pun.. ramai ada kat sisi kita.. sila sedar.. sila sedar.. sila sedar.. silaaaaa...

Sentiasa lah menjadi insan yang sentiasa bersyukur..
Senyumlah walau terpaksa...
Senyumlah walau pura pura...
Sebab hidup ni kan satu perjuangan!!..
Jadi haruslah tabah!!




Tuesday, November 13, 2012

Isketambola eden datang

Disebabkan diri ini terlalu dibebani kestressan yang melampau, belog ini telah dibiarkan begitu saja..
Nak taip pun tak daq mud ah! Lemah long long laii laii..

Ahakz! bersempena raya DEPA BaliNg semalam, haku telah membalingkan diri ke panggung wayang....
Aku pi tandas & kuar kuar ada orang duk kat kaunter dah belikan.. ok ok.. fine awak... Foine!...

Sebenaqnya tak taw pun cerita macam mana, treller ka lori ka tak nengok langsung, besa la baru kuaq JURRASIC PARK.

Oh.. cita tu memang ohsem kalau dalam ketegori cerita cerita melayu pada abad ini yang selalu semacam ja cita A, B, C ................. Z
Kalau tak pukoi2, rempit, boh-sia-sia.. tak pun drift, tak pun bercinta kawen----koonflik..
hek, macam la cita IskeTambOLa tak bercinta kan =,= at least tak pernah lagi la ada ceghito gitu sepanjang aku  nengok nye.. Tak taw la kot kot dah ada sebelum haku diberanakkan keee...

& Nampaknya ramai rakan taulan, dan sahabat handai pi tengok semalam jugak, status di FB & Twitter seperti mencurah- curah ke ladang gandum..

eh non malay pun ada nengok ok, siap puji melambung lambung lagi kalah mael yang dilambong lambong.. 
Now, I'm always on for cool romantic movies - those that are chirpy & fun. And that's all here in this movie. For those who thinks Malay movies are more sombre and conservative, well, this movie will 'shock' you


Lisa nampak sangat ohsem & gojes dalam cerita ni!
hep hep hep! jangan yang tidak tidak! pukoi satgi..

Yang tak tengok lagi boleh la drift cepat pi tengok kat wayang amek feel.. Selalu kan standart ceghito melayu nengok kat laptop..sebab rasa macam duit ilang kat wayang.. *dasar tak patriotik..*  ampunkan daku wahai anakanda sekelian..

Ahaaa.. Next movie nak pi serbu...
hep! Jangan yang tidak tidak lagi...
 ala.. lupa nak buh abang beto kushiro =,=

Wednesday, October 24, 2012

motif pembelajaran

untuk menimbulkan rasa cinta kepada buku, seharusnya  meja study dihiasi dengan makluk comel,
item comel,  katak comel, orang comel.. yaa pasti!..(versi wak dalam iklan kain pelekat kat tb).


























dan buku yang comel.. yaa pasti lagi..

Monday, August 6, 2012

Puasa.


Assalamualaikum..
ohmai arini dah 18 puasa.. cepat sangat sangat.. kan??
Badly Luckily, dapat puasa kat rumah..
Sampai aku habis study pun memang akan puasa kat rumah.. so what??..
Nan hado la nikmat nikmat berbuka puasa berjemaah bersama teman teman..
mahupun berbuka dengan makanan sambil saving, pastu teringat mak kat rumah masak sedap sedap..
...
Yang duk puasa kat perantauan tu nak puasa kat rumah, yang puasa kat rumah nak pulak ke perantauannya.. =,=

Actually I am now dekat kampung... bersahur & berbuka kat kampung memanglah tersangat jauh beza nikmatnya dari kat umah.. Kampung lebih meriah dengan makanan yang tak muat meja.. letak makanan bawah kerusi
Lagipun tok aku tak sihat, aku la nursenya cukup time bagi ubat, bancuh ayaq.. cucu mithali namanya ni..wuwuwu..
Nanti nak anyam ketupat pulak kan.. tak sabor!!.. haha
yang tak best kat kampung ni bila time panas bahang tu kekadang bau ketahian kelembuan menucuk nucuk lobang idong gua...
tapi mak gua cakap anggaplah bau busuk lembu tu bau duit. Macam la ekau tu wangi sangat. wahaha.. tu aku tambah.. Lembu- lembu tu sangat cumel okeh... tu lembu tokwan gua yang bakal disembelih ikot time ajal mereka telah tiba dan akan di sale kan kepada orang ramai...

ok bye.......

Friday, July 13, 2012

Untitled

Hidup atas bawah its normal dude...
hurmmm.. yeaa...

Yet no story to be told....

status hidup sekarang sangat bosan..
tidor?? terlebih tidor.. tidor sampai muak..
makan?.. tak payah cakap la...Nak diet konon.. simpan dalam pasu je la..
Baca novel?? ~boleh jugak..
Movie?? ~ pon boley
Design??~ tak ada mood dan tidak ada tempahan pun
Dating??~ marka jauh


Muka orang tengah rancang nak masuk ahli bina badan..muahaha..


Tengah mengemas rumah tengok jumpa something yang nostalgik..
bhahaha..
masa darjah 3..
~~terharu.. lap ayaq mata..



Thursday, July 5, 2012

Taipan sambil dengar bunyian kompang

Assalamualaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan Ini sudah tamatnya tahun pertama sebagai mahasiswi..
Tapi sebenarnya perjalanan masih jauh.. ya.. masih jauh...
2 tahun lagi.. 2 tahun itu sangat laju ok.. Sangat!!... Macam baru semalam je aku dilahirkan.. Harini macam dah boleh kawin pun.. Muahahaa... Hiperaktif Hiperbola..

Baru baru ini dunia telah digemparkan dengan berita kawin yang tiada penghabisan..
hurmmm aku tumpang nak gembira.

Baru baru ni aku telah ke kenduri kawan haku sendiri selaku pengantin officialnya..
ehem.. ya..kira masuk record la sebab tengok kawan sendiri jadi pengantin.. eksaited tahap tokwan.. argghhh!!!..
Actually tu kenduri sebelah boyfriend suaminya.. buat muka tak malu pi sebab tak sempat pi kenduri pompuan bcoz technical problem..
& paling best sebab dapat jadi follower pengantin masuk.. warrgghhh ramai ramai terpaku tengok we olls.... tak tahu la mereka tengok haku ke tengok pengantin..



Nanti haku kawin nak buat banner lagi besaq dari asilah.. 
HAHAHHAA!! 
Asilah mesti menangis kalau dya baca ni


Rumah boyfriend suami beliau hanya sekangkang kera dari rumah beliau..
Actually aku pun tak taw kangkang kera tu besar mana...
Kalau la kera tu taw manusia duk sebut sebut nama dya, mesti dya pun terkejut beruk.
Beruk pun terkejut sama sebab manusia boleh taw macam mana rupa dya terkejut... gagagagga...





Aku??.. aku lambat lagi... tunggu Master dulu..  

Apa pun kita hanya merancang. ajal, rezeki, jodoh semua dah ditetapkan...
Jangan rapuh hati andai hari ni bukan milik kita ok?..
Esok lusa mungkin yang lebih indah jadi milik kita.. 

&
yeayyy.. baby comell..
motip?? saja nak tunjuk insan insan cumel di atas..muahaha..

Tuesday, June 19, 2012

Cinta tak berpenghujung

Hye saye Puan M.. Bersuami 1, beranak pinak 4.. 
Namun salah 1 anak telah meninggal sebaik sahaja dilahirkan (ermm maybe dya tunggu gua kat sana)
Suami saya seorang yang comel dan kiut  (walaupun tak la comel mana) (Aku comel lagi)
Ehem..
Ternyata cinta kami tidak berpenghujung...
Walau saya tahu apa yang sering dilakukannya di belakang saya..
Dya bermain bersama betina lain.. errmm betina??
ya.. Betina.. 
Betina bukan wanita.. Bahkan ada betina betina tersebut yang berstatus janda tak berhias..
Ya! tidak berhias.. selekeh.. hakkkkk tuih..
laki gua tinggal gua begitu sahaja membesarkan anak anak gua..
Tapi gua tak pernah rasa nak letak laki gua dalam GUA pun..
penat membesarkan anak-anak...
Laki gua tinggalkan gua hanya selepas beberapa saat baby baby gua dalam kandungan.. hurrmmm dasar jantan..
Memang padan pun semua manusia panggil kau jantan.. Dan aku??
Aku terkena tempiasnya.. Semua manusia panggil aku betina.. Bukan perempuan lagi..
Kadang kadang Naik sewel..Anak anak aku lawa macam aku.. ehem..
Tapi kadang kadang aku sendri terlupa mana aku letak anak aku...
Penah terkunci dalam stor jugak..
hurrmmm...
Nasib la ada insan yang prihatin dengan anak anak aku...


*

*

*

*
*

*
*

*
*
Ni la wa... Zaman muda muda... sekarang dah ada anak, tak mampu senyum selalu dah..


Dan

Dan

Dan 
*

*

*

*

*

*

*
Inilah anak anak gua,, Dah besar dah sekarang..
Makan pun ehsan kakak Angkat yang memang Cun Gile..
Atikah namanya if gua tak mistaken la..

**Saja merapu.. dah lama tak menaip.. haha




Tuesday, April 10, 2012

Be Grateful For What we Have

Assalamualaikum..
Such a joy or maybe tears of joy sharing my 'experience' on visiting the Anak Yatim house at Arau, Perlis.
Can you just imagine, at the age as early as 10 years old, you are doing all the staff on your own. Washing the cloth, dry it, iron it on your own. Not just that, you are managing your daily routine on your own.. Maybe it is normal for  'us' at our age now. But its kind of weird and amazed me how they can do all the stuff on their own!.. No family beside.. I'm kind of touched to see them =,=.. 

But actually, they look happy and smile all the time.. haha!.. Keep playing, stubborn, maybe because they are still a little kids and of course that's normal.. Still make 'we' the akak and abang get mad with their naughty. 

There, we organized a few activities for them.. But the activities don't seems to be much fun for me, but maybe seems fun to 'them'. What people always say is true, the anak yatim are little different because their attitude sometimes menggoncang iman kita. You know??.. Sangat perlukan kesabaran yang tinggi untuk mendidik mereka sekalian. 

The MUSICAL CHAIR and SUKASUKA NEKA
The pink pink colour are the bro & Sis..
The colorful are the kids..

Olso, we were invited to makan kenduri..! I think it is near Chuping, Perlis or maybe Padang.

And someone named Atikah from my group, yeah that's my name brought a sugar glider... so cute... tapi sangat buas and suka melompat sana sini.. But the kids very attracted to Popo (the sugar glider name). Many of them tak tahu pun tu minatang apo.. Ada yang panggil tikuih terbang haha!.. 

They seems love playing with Popo


What  did I get from this visits?..
  • The relationship between them are close.
Can see the differences between them & last visit to normal school. Their relationship seems close to each other. Probably because they are living like sibling. Even Girl & Boy tak la segan segan mahupun mahu tapi malu. Bestnya buat aktiviti dengan diorang sebab diorang berani & tak segan silu ah!

  • How caring they are
The Abang (the oldest among them) named Azmi aged 17 olso, Ketua aspura. I see how cared he was to the kids. No wonder la dia jadi ketua!.. Ada la adik ni rasanya sekolah rendah kot mengamuk sebab tak dapat apa tah. Besa la budak-budak kan. And Azmi pujuk budak tu!.. sweet k!..manih.. ye la there are no one to look after them kan..
  • Be great full for what you have
See.. we are too 'mewah'. They??.. Don't have many cloths like we have!.. What we want we easily get. But they don't!..
  • What touch me the most
After our Zohor praying, sorang adik ni tetiba cakap kat aku 'boleh buatkan D*** (sorry i really forgot her name cuma ingat setat hurup D) tudung macam akak tak'  Ya Allah, aku pun buat la tudung tu kat dia. Tapi dalam hati aku tetiba rasa macam nak menitik ayaq mata ni.. A'ah.. akak tersentap haty ni.. Kalau la aku bawak tudung lebih, aku dah bagi kat adik tu!.. Dia pakai tudung pun macam dah lama punya.. See, be grateful for what we have.. May U become a useful person & success in your life dear...


till then..
Sekian..

Tuesday, April 3, 2012

KAWAN


Haluuii..
sayew jumpa lelabah tengah lari dalam below sayew...
awwww...

Its been a very long time for not updating my blog! konon!.. n even aku jarang bukak blogger dot com!..tapi bukak larhh walau tak taip.. sekian..
tapi tapi dear my beloved sekali aku still baca ok!..

Here i WANT TO share picture of us during last SUKUUM.. even aku tak bersukan (sebab aku ga ga gaappp) at least aku still join & masuk perbarisan (tu je mampu)

Banyak gambar ada.. tapi malas nak letak.. edit & buat simpanan sendiri ajo.. Sayang seribu sayang dekat cik ruhil sebab dya dah pandai guna photoscape & picasa.. So dya tengah seronok edit..
Ok Dear Ruhil, nanti I ajar U guna photoshop ok!..

Muah!
Lawak binatang atas kepala tu.. tapi comel..  tak nampak macam student U pn >.<
Fine! dah die edit.. mesti la dya buh muka dya lebih kan..muahahha..
Sila pilih yang mana berkenan..heehhhhh... 

OK bye!

Thursday, March 1, 2012

Novel Nukilan dariku..

Assalamualaikum.. tangan tetiba rasa sangat sangat gatal sebab lama tak tekan butang dekat blog.. =,=
Baiklah tanpa membuang masa, marilah teruskan dengan agenda utama kita..  Iaitu, novel baru nukilan cik atikah akan berada di pasaran tidak lama lagi.. Pada yang masih ada baucar, silalah gunakannya untuk membeli novel ini.. Setelah tak tidur, tak makan, tak mandi kambing, tak melayan lipas lipas di kaki lima.. Akhirnya berjaya jua aku habiskan.. Cicak di dinding juga terdiam seketika seakan-akan terpana dengan kegigihan aku ini.. ermmm mungkin benarlah kata pepatah, Usaha itu tangga kejayaan.. Walaupun tak nampak mana tangga yang selalu di maksudkan itu yang nampak hanya kejayaan. Jadi kepada sesiapa yang membaca post ini, silalah laju laju selajunya tekan minyak, pelan pelan kayuh  laju laju kayuh untuk mendapatkan novel terbaik ni.. muahahaha.......

PANGGGGG!! bagi lempang..

Sorry aku bukan penulis novel, mahupun penulis cerpen, mahupun penulis essay yang hebat.. Mungkin aku hanya mampu tulis novel untuk kanak-kanak.. haha! Ini hasilnya setelah mencampur, menolak, mendarab, membahagi segala bagai gambar.. Demi menyiapkan assignment kelab Multimedia grafik haku yang mulus lagi halus.. =,= menjadi insan paling gigih buat sementara..

mempersembahkaaannnnnnnnnnnn... novel.......
ini je Jah mampu mak Jemah oiii..
Aku la model, aku la penulis, aku la bagi tajuk, aku la designer, aku la baca.. pendek kata tak ada lain lah, aku je.. muahaha..
Fully using CS3.. 
hoping my lecturer puas hati.. itu lah part yang paling menakutkan..
Awok awok boleh jugak kalau nak bagi pandangan or komen or bla3....heeeeee
Ok sekian.. terima kasehhhhhh.. 

Monday, February 13, 2012

Woaa dah 100..

uwaaa dah 100.. 
thankz myra yang cute lagi comel  for beeing my 100th followers..
Dengan ini saya sangatlah berbesar haty, terharu, tekuku malu.. ngee~~~
Ribuan, jutaan, thousand, million, trillionn.. dottt dott doott terimas kaseh..

terima kaseh buat 100 muka pasport and pie kitew yang shangat lah shweett... kerana follow belog kite yang kuat merapu lagi merepek..
Aku dah jarang blog walking sekarang.. Kalau singgah pun aku selalunya jadi silent reader je.. macam stalk tak ?? =,=

terima kaseh kepada sesapa yang follow.. tak ada sebarang paksaan ok.. kalau terjumpa blog ni & rasa nak follow, silakan.. & gitu jugak belog yang aku rasa menarik n tertarik aku akan follow...jemput baca karangan yang merepek, penuh bahasa rojak, pasembur.. tapi nak gojes & osem alwayz.. haha...

bye..
sincerely,

Friday, February 10, 2012

Doraemon tersangatlah EVERGREEN & Nostalgik!

Sapa tak pernah tengok cite doremon memang tersangatlah tipu...
Tapi kalau sapa tak pernah tengok cerita naruto maybe betol koi.. muahaha..

An An An... to te mo dai sukii.. 

Actually tadi jumpa penyanyi lagu doremon dekat Utube.. tetiba aku rasa sedih dengar.. serius.. tapi bukan aku je sedih dengar, bila aku baca komen ,ramai jugak la jadi insan kesedihan..

haha pernah ke dengar lagu yang rancak tu rasa sedih?? demmm.. =,=

sebab? sebab teringat zaman kekanak dulu.. weyhh sekarang aku + kitadah membesar dengan sempurna weyhh! An An An.. tuua dah!!..

kecik-kecik dulu feberat aku adalah doraemon & mr.bean.. kah kah kah!!! wadafak aku minat mr.bean?.. mr.bean yang poyo + skema + selenge tu la pujaan jantung aku kecik-kecik dulu weyyhh.. hahaha.. demmm demm aku pun tak sangka.. Ampa nak taw dak sebenarnya aku boleh hafal cita mr.bean tu sampai sekarang habaq ang... tapi malu nak habaq orang.. hahahaha.. **ok aku dah habaq

Cerita yang aku akan berulang-ulang kali tengok cerita dua tu la.. Abah aku siap record lagi untuk aku..tak doraemon, mr kacang.. tak mr.kacang , doremon.. haha.. dasar kanak-kanak.. Agak-agak tension tak ibu abah aku dulu bila aku balik rumah..?? kalau aku la kan rasa nak taboh ja "hang tak boleh ka tengok cerita lain ka? orang lain pun nak tengok tb gak weyhh" Sekarang aku tak taw la tape tu ada lagi ka tak dalam bilik setor, ataupun dah dibuang, ataupun rosak.. dulu mana ada CD, DVD bagai ni.. Cerita doremon feberat aku dulu adalah doremon the muvie apa ntah la.. beli kat kedai.. asyik doraemon, doraemon.. Nasib muka tak macam doraemon =,= sekarang kalau aku tengok cerita doraemon kat ntv7 tu, nanti abah aku cakap la dulu-dulu aku bla3.. Sekarang anak abah dah besaw panjang la abah...

A'ah sangat nostalgik..kaannnn

Lastly...
layaannn.... jemput tengok taw!!



Kenapa saya suka belog??

Kenapa saya suka belog ??..
sebab die bezzz..............

Sebab saya boleh tengok orang lalu lalang, jalan-jalan, lompat-lompat..
Boleh tengok orang gossip, tulis diary, luah perasaan.. awwww...
Juga gambar yang semuanya gojes..

ada love disitu k tanda suka.. haha
Haku setat hadonya blog ni sejak tamatnya SPM (sijil pekahwinan Pelajaran Malaysia)..
Lama la jugak kan dua tahun lalu.. Kalau baby pun dah boleh berjalan or maybe lari dah sekarang.. =_=
Tapi dulu haku tengok belog ni macam wadafak jew.. Sebab?? sebab aku pun tak taw apa kegunaan belog, apa fungsi dya, & lagi penting aku tak ada kawan yang ada belog pun!.kalau diorang ada blog, aku tak tahu maaf la.. kalau aku tulis pun, boleh tulis dengan senang hati sebab konpem-konpem tak ada sapa baca.. tapi penat la haku menulis, ekau x baco ponn..Abih aku tulis, aku baca, aku modify, & lastly aku la delete jugak kan..

Then masa masuk matrik, belog aku memang tak ada belog pun... belog tak ada belog?? whatever.. 
Masa tak masuk pun belog x ada belog jugak la.. Just sign up, then aku tahu pilih template ja.. lebih-lebih tak tahu.. haha..
Sekarang dah maju, dah reti dah bagi comey lotey macam tuan die~~ sapa loya sila tahan..
Just lepas abih matrik je mampu buat semua tu.. maju maju.. hoho

& sekarang aku tersangatlah rasa kagum, amazing.. bila aku dapat mengesan betapa ramainya budak sekolah sekarang ada belog.. weyyyhh tak ke rasa ohsem giler?.. Dulu aku paling hebat masa kolah pun layan myspace je weyyhh.. Tu pun macam batak pi cc nak online myspace.. Bukak-bukak terus kelik mespes.. lawan-lawan pulak kan mespes sapa paling lawa, buh gamar gedebuk gedebak.. Back to blog budak sekolah marcapada ini, aku rasa belog mereka tersangatlah kiut, penulisan pun kiut-kiut je.. kemajuan pelapis masa akan datang.. tapi aku rasa mereka mesti tak sempat merasa zaman kegemilangan myspace juga friendster kan.. sekarang layan kaki fesbuk jee,, woaaa back to topic..


Kenapa saya suka belog??
Sebab saya suka baca kisah kehidupan dan pengalaman manis yang dikutip sekelian penulis.. What we can share we share kan?..
Then haku tersangatlah suka baca belog-belog orang yang dah ada anak.. oh ye.. memang bukan remaja... tapi mama, umie, ibu muda.. aku rasa sweet sangat-sangat mereka yang menulis pasal baby mereka.. Nanti haku ade anak aku nak buat macam tu gak lahh... hahahaha **angan-angan...

Then kenapa saya suka blog??
Sebab aku boleh meluahkan ilham kurang bernas, coretan, aktiviti, kata hati, kerinduan pada teman dan macam bagai lagi lah.. *ibarat diary on9 tapi harus berhati- hati menulis.. walau aku tahu tak ada sapa nak baca sangat pun bila haku tulis panjang-panjang.. tapi sekarang memang dah pandai tulis panjang .. dulu tulis satu perenggan ciput pun dah tak taw nak tulis hape.. sekarang?? masa nak setat memang tak taw nak setat bagaimana tapi bila dah setat menaip aku rasa macam tak maw berenti tapi kesian pulak dekat jari mulus aku ni kan.. tapi aku tidaklah mahu menulis seperti melepaskan batok di tangga mahupun seperti pungguk rindukan bulan..   **tetiba..

kenapa saya suka belog??
Sebab aku suka edit gambar dan letak setempek kat situ.. kekadang gambar tu tak ada kena mengena dengan isi pun.. haha.. Kebanyakan gambar yang aku tempek aku rasa adalah dari folder sendiri dan pakcik google pun ada la macam 70% : 30%. Tapi aku lagi suka guna gambar sendiri laaarhh walaupun recycle je...

kenapa saya suka belog??
Sebab saya suka la.. tetttttttt....... malas naik taip dah. heee
bye

Tuesday, February 7, 2012

Insan Terharu

Meh nak bagi kiss sikit dulu.. muihihi..

Assalamualaikum.. Tak tahu nak taip macam mana entry ni terharu sangat =_=.. 
sambil menguyah cekelat Daim beli masa holiday kat Langkawi ritu..banyak lagi ada, nak bawak balik sintok nak bagi kat kengkawan. Choclair pun banyak lagi. So nak bagi dekat anak-anak jiran yang tersangatlah kepoci, buas, penyibuk, menyakitkan hati jiwa raga bakul. Kalau nak bawak balik sintok penuh tangan nak mendaki bas lagi.

Maaf terlajak mengarang.. Bukanlah nak menceritakan cekelat, cikedis, mahupun anak-anak jiran aku yang tersangatlah  tarzan buas..

pertama
Kenal tak belog kerana manisnya epal.. Osem blog.. One of my peberet, her doodle is super duper Gojes.. Aku?? boleh buat orang Lidi je weyh.. haha 
Actually aku saja la follow twitter Cik Dil. & lagi gojes Cik Dil Folow balik.. muahaha.. *ala follow twitter kau pun nak kecoh ke tikah +_+ 

N then tangan gatal
Paihtu mula la nak terharu kan akak Comey ni balas..

weee~~  tak caya tengok la blog beliau.. gojesss.. 

Kedua
Arini tarikh kawan keluar tengok dunia.. Saja la kan wat surprise godek-godek belog orang.. Aku bukan teror pun =_=. Wat header pun comot-comot.Design template pun main hentam bedal je.. Tapi bile orang sukeee rasa seronok lah kan.. heee.. bukan apa nak bagi belog tuu nampak matang sebab aku yang merosakkan blog dya jadi  macam belog kanak-kanak tapi jiwa dewasa haritu.. haha& at least padan dengan umor 20 tahun sekarang yang sweet gituu.. 
Lagi terharu ada nama aku kat post beliau.. haha.. terharu, termalu, terkuyu, terkukumalu... Semua ada.. Hepi bezzdaayy yeeww Hus-hus.. Boleh nak singgah membaca, mewalking..

FYI I do help friends buat header for free.. Kalau aku xdak keja just tell me k aku boleh tolong.. tapi tak ada la gojes sangat punn..boley-boley je la.. ngee~~

sincerely

Masa Lalu