Monday, July 11, 2011

Stop It!!.. Mana erti syukur??

sedih

Sedih tengok gambar-gambar macam ni..



ini di Malaysia tercintakah??
Beginikah negara yang aman??



Lebih kasihan pada mereka di Palestin..
Mahukah kita menjadi seperti mereka??
@
Akankah kita menjadi seperti ini??
Mahukah??


Sejak bila pulak aku ambil tahu hal politik nih?.. sebenarnya aku memang tak ambil tahu. Tapi bila makin hangat diperkatakan, makin banyak disebarkan, makin membuka mata hati nurani insan.. Aku mula meligatkan otakku 360 darjah memikirkan erti syukur di Bumi Malaysia yang aman ini.. Hampir kelihatan seperti tidak aman lagi.. Lebih menyedihkan, permusuhan diantara khalifah-khalifah seislam sendiri.. begitu menyedihkan.. dimana iman? sentiasa di dada.. tapi mengapa ini berlaku??... salah sapa?? bagi aku, semua ni tak ada salah sapa pun.. tapi cuma salah faham..

Terjerat dalam politik. Berbeza fahaman. Tiada persefahaman yang satu dan jitu.. Yang menderita?.. aku pun tak tahu.. masing-masing layak memberikan pendapat bukan?.. setiap insan mempunyai pendapat yang berbeza, oleh itu hormatilah setiap pandangan yang telah diberikan secara baik..

Kenapa kita susah renungkan sendiri apa yang kita dapat selama ini. Kenapa sentiasa nak meminta dan meminta.. Indahnya meminta dan meminta disulami tawakal kepada sang pencipta bukan??.. tetapi jika mahu meminta dan meminta kepada kerajaan.. mana mungkin?? yang dah kaya pun nak minta ke?.. tak cukup aman lagi ke Malaysia dipimpin selama ni??.. anak-anak muda sekarang pun sudah ingin menjadi pejuang.. Alhamdulillah.. tetapi, takut benar kalau ia dijalan yang salah.. Nampak je peluang, terus nak.. Pikir panjang belum?

Cuba fikir balik, korang pi sekolah free aje.. Sapa bayar gaji cikgu-cikgu tuu??.. 'Government'.. Dah tu, buku teks pun free diberi pinjam.. sapa belikan?? 'Government'.. dulu kena beli sendiri.. tapi diorang cuba dah ringankan beban untuk belajar.. tidak berterima kasihkah??...
banyak jugak yang government support di peringkat lain.. Universiti, Minyak lah ape..
Cukai tinggi??.. cukai tinggi pun, duit tu, digunakan untuk rakyat gak kan.. macam-macam lagi.. tapi kita fikir tak?
Kalau nak meminta-minta lebih-lebih, tapi usahanya tak ada.. jangan la..
Takkan nak mintak government bagi sorang sebijik bunglow, sebijik merce?? ha tu dah melampau la tu..
Ikut je la apa yang telah diatur.. Susah sangat ke? Pasal agama? Islam dah pun jadi agama rasmi & orang melayu pun diberi hak istimewa berbanding kaum lain.. Tapi ada ka kaum lain ni buat bantahan teruk-teruk?? yang meminta lagi majoritinya orang melayu.. sangat sedih bukan??
Melayu, Cina, India semua hidup beraman bukan selama ini??..

Bersih memang buat secara aman. tapi, menyusahkan pulak bila jalan kena tutup lah ape.. sangat kasihan pada mereka yang tidak masuk campur.. Bila polis masuk campur, jangan la kata polis teruk-teruk pulak.. tu kan tanggungjawab mereka??.. itu hanya sekadar pandangan aku.. macam biasa, aku katakan.. tak salah sapa, cuma ada salah faham.. aku tengok yang join tu memang insan-insan berilmu.. mereka salah faham.. kenapa tak teruskan dengan keamanan yang ada.. masih boleh berjuang sebagai khalifah islam.. jangan nak bergadai nyawa demi syahid yang adakah benar ianya syahid??.. walaupun mungkin telah sampai saat izrail menjemput.. janganlah begini... Perjuangan kita ke arah lain masih banyak dan panjang bukan??.. jangan gadaikan negara yang aman ini walaupun memang bukan terlintas dalam hati nurani Bersih untuk mengkucar-kacir, tetapi tindakan itu menyebabkan tindakan lain diambil lalu terjadi persengketaan..

Ini sekadar pandangan aku.. maaf andai terguris sesiapa.. tak sokong sapa-sapa.. aku sekadar srikandi yang cetek ilmunya dan masih dalam perjalanan menuntut ilmu-Nya yang begitu luas.

Sekian.. terima kasih kerana membaca entry aku yang serius dan panjang ini..



6 comments:

  1. sma2...aku pmbca setia muahahaha xD...
    errmmm 2 la kan xpkir lgsg akbt prbuatan depa 2...'student' pun ada yg join...huhu malu aku....=.=

    ReplyDelete
  2. huhuhu.. kiah.. kau pulang nanti jaga diri ya nakk

    ReplyDelete
  3. nie la manusia zaman skunk. xpnh nk bersyukur dgn apa yg ada.x pham aku.huhu

    ReplyDelete
  4. 2 la pasai.. sob3... dh x aman jadinya..

    ReplyDelete

Masa Lalu